MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
TIGA warna jersi baharu menjadi
pilihan Melaka bagi saingan Liga Malaysia selepas ianya dilancarkan di Bandar
Hilir sebentar tadi.
Warna terbabit membabitkan hijau,
hitam emas, dan putih merah sebagai warna rasmi bagi saingan musim ini.
Pada majlis pelancaran dan
pengenalan pemain disempurnakan Ketua Menteri, Adly Zahari itu menyaksikan
warna keramat hijau sebagai warna jersi utama diikuti jersi kedua hitam emas
dan jersi ketiga, putih merah.
Presiden Persatuan Bola Sepak
Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li berkata, pemilihan warna hijau sebagai
jersi tuan rumah bagi saingan kali ini adalah hasil daripada perbincangan
dengan penyokong yang mahukan warna itu dikembalikan sebagai warna rasmi dan
bukannya putih seperti musim lalu.
“Kami mengambil kira cadangan dan
ulasan penyokong, justeru kita kembalikan warna hijau. Anda boleh lihat ada
banyak warna hijau berlainan kita gabungkan sekali dalam jersi ‘home’ dan ianya
menjadikannya lebih menarik.
”Bagi saya, jersi kali ini adalah
yang terbaik dan tercantik di Malaysia dan saya sangat berpuas hati,” katanya
di sidang media selepas pelancaran.
Menariknya, majlis perasmian
pelancaran pada jam 2.22 petang (22.2.2020) itu dianggap sebagai petanda Melaka
menyasarkan tidak kurang daripada nombor dengan nada berseloroh.
”Ia satu sasaran yang realistik
sebenarnya. Tapi apa pun, kita berharap paling tidak kita dapat membawa pulang
sekurang-kurangnya satu piala,” katanya lagi.
Bagi saingan kali ini, MU bakal
menggunakan jersi keluaran Al-Ikhsan Sport yang mana harga jersi berkenaan
ialah RM99.00 yang boleh didapati di mana-mana outlet Al-Ikhsan seluruh negara.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 22 Februari 2020 @ 6:50 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan