Ahad | 2 Februari 2020
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 27
Januari 2020
Zainal Abidin Hassan
Zainal Abidin Hassan. Foto - Musa
TIGA elemen - disiplin, gaya
permainan serta percaturan taktikal menjadi falsafah utama pengendali Melaka
United, Zainal Abidin Hassan musim ini.
Menurut beliau, setiap pemain
perlu memahami falsafah pasukan jika mahu melakar kejayaan gemilang dalam
saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal membuka tirai secara rasmi 28
Februari ini.
“Falsafah ini secara
keseluruhannya perlu dihayati dan menjadi teras utama kepada barisan pemain
Melaka United. Dengan memahami falsafah ini sahaja yang akan menentukan hala
tuju pasukan.
“Pemahaman mengenai falsafah
inilah menjadi perkara utama yang mahu kita bentuk dalam kalangan para pemain.
Bermula disiplin, cara bermain, taktikal pasukan, semuanya terkandung dalam
falsafah berkenaan yang perlu difahami dan dihayati semua pemain,” katanya.
Dalam pada itu, beliau gembira
melihat peningkatan prestasi anak-anak buahnya menjelang sepak mula Liga-M 2020
apabila Melaka United melakar kemenangan 5-0 ke atas Negeri Sembilan pada aksi
persahabatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.
“Namun, prestasi pasukan masih
belum sampai pada tahap yang dikehendaki. Secara keseluruhannya, saya berpuas
hati dengan rentak permainan para pemain.
“Dalam aksi itu, saya tidak
menurunkan kesebelasan utama tetapi pemain-pemain yang akan kerap bermain
bersama nanti. Pada aksi persahabatan di Indonesia nanti, baru saya tentukan
kesebelasan utama,” katanya.[1]
[1] https://www.sinarharian.com.my/article/67556/BERITA/Sukan/Falsafah-Zainal-Abidin-pacu-Melaka-United
Tiada ulasan:
Catat Ulasan