MyMetroNode
Oleh Firdaus
Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur:
Seri 2-2 dengan Ceres FC pada aksi sulung Kumpulan E kempen Piala AFC kelmarin
tidak memberikan tekanan atau menjejaskan misi Selangor untuk mara lebih jauh
pada kejohanan itu, malah gembira dapat membawa pulang satu mata berharga dari
tempat lawan.
Sebaliknya,
jurulatih Red Giants, Zainal Abidin Hassan menyifatkan aksi pertama itu sebagai
pentas meraih pengalaman berguna serta dapat menghidu beberapa kelemahan untuk
penambah baikan yang perlu dilakukan dalam pasukan.
Katanya, anak
didiknya sudah memberikan aksi terbaik dengan mendahului 2-1 pada pertengahan
babak kedua namun gagal mengekang kebangkitan skuad tuan rumah pada penghujung
babak kedua.
Ujarnya, graf
persembahan pemainnya tiba-tiba menurun sebaik beliau melakukan pertukaran
pertama pada minit ke-80 susulan masalah kecederaan dan kegagalan pemain
gantian mengekalkan rentak permainan.
Ya, kami agak
lambat menyesuaikan diri dengan perlawanan. Tapi apabila berjaya bangkit, kami
dapat beraksi dengan baik dan menyamai rentak pasukan lawan.
“Cuma apabila
terdapat beberapa pemain mengalami kecederaan dan pertukaran di buat, nampak
graf permainan kami menurun menuju minit akhir perlawanan dan akhhir pintu gol
kami dibolosi,” katanya sejurus tamat aksi.
Selangor dan
Ceres turut diundi dalam Kumpulan E bersama Tampines Rovers dari Singapura dan
kelab Sheikh Jamal Dhanmondi (Bangladesh).
Dalam satu
lagi perlawanan kelmarin, wakil kota Singa itu membelasah lawannya 4-0 sekali
gus menjadi pendahulu kumpulan.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2016 @ 8:44 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan