MyMetroArena
Nazri Abu
Bakar
sukanteam@nstp.com.my
MELAKA:
Pengendali Melaka United (MU), Zainal Abidin Hassan akan menguji sepenuhnya
empat import baharu skuad itu sepanjang aksi pra musim di Vietnam, bermula
berdepan Becamax Binh Duong FC, esok.
Luka Milunovic
dan Darko Markovic dari Serbia, Anselmo Casagrande (Brazil) dan Jang Suk Won
(Korea Selatan) dijangka akan bergandingan buat pertama kali untuk tempoh 90
minit, sepanjang berada di Ho Chi Minh sehingga 15 Januari ini.
Zainal
berkata, semua pemain import itu akan membentuk tulang belakang skuad - bermula
dengan Suk Won di posisi pertahanan, Markovic (tengah), manakala Milunovic dan
Casagrande berperanan selaku penggempur.
"Keserasian
dan persefahaman antara mereka amat penting dalam persediaan pasukan
mengharungi Liga Malaysia musim ini.
"Pada
tiga aksi persahabatan sebelum ini, semua pemain ini belum dapat beraksi
bersama bagi tempoh 90 minit, kecuali pada pertemuan berdepan Warriors FC
membabitkan 45 minit pertama.
"Jadi,
saya akan menguji mereka di Ho Chi Minh kerana saya mahukan mereka pantas
membentuk gandingan mantap sebelum liga bermula," katanya.
Katanya,
pemain MU perlu menggunakan sepenuhnya peluang itu untuk meningkatkan prestasi
mereka kerana skuad tuan rumah juga dijangka akan menurunkan skuad terbaik.
"Saya
mahu segala kelemahan yang berlaku ketika perlawanan berdepan Selangor United,
Negeri Sembilan dan Warriors FC segera diperbaiki kali ini," katanya.
Selain Becamax
Binh, MU dijadualkan berdepan Sai Gon FC pada 13 Januari dan Ho Chi Minh City
(15 Januari).
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 11 January 2019 @ 4:12 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan