Selasa, 14 Mei 2019

BIOGRAFI ZAINAL ABDIN HASSAN TOKOH BOLASEPAK TERBILANG NEGARA.

Pertahanan yang Kental, Penyerang yang Tajam


Zainal Abidin Hassan merupakan salah seorang pemain bola sepakMalaysia yang terbilang, yang dikenali luas di rantau ini. Bermula sebagai pemain pertahanan yang kental mengekang serangan pasukan lawan, Zainal beralih angin kepada pemain penyerang sewaktu mewakili pasukan Pahang dalam Piala Malaysia. Yang mengejutkan, ia lebih cemerlang dan lebih dikenali sebagai pemain yang hebat dalam posisi itu. Selepas menamatkan kerjayanya sebagai pemain, Zainal menjadi jurulatih dan pengurus pasukan.


LATAR BELAKANG ZAINAL ABIDIN HASSAN
Zainal Abidin Hassan dilahirkan pada 9 November 1962 di Selangor. Bapanya berketurunan Kenya dari Afrika, dan adik-beradik Zainal sememangnya meminati bola sepak dan bermain dengan aktif sama ada untuk pasukan kelab, negeri Selangor atau kebangsaan. Zainal meminati sukan sejak kecil lagi. Bermula dari darjah tiga, ia telah menceburi sukan lumba lari, sepak takraw, dan bola sepak. Pada waktu ini tumpuannya bukanlah sepenuhnya terhadap sukan bola sepak, sebaliknya bermain untuk semua permainan sukan. Ia menjadikan kedua-dua abangnya, Hanafiah dan Khalid sebagai idola. Pembabitan awal Zainaldalam sukan bola sepak tidak seindah yang dikecapi pemain lain kini. Pelbagai halangan dan cabaran terpaksa dihadapinya, terutama daripada ibu dan kakak-kakaknya.[1]

       Pada masa itu ibunya melihat dunia bola sepak sebagai tidak mempunyai masa depan yang cerah. Tambahan pula ketika itu bapanya telah meninggal dunia. Jadi tanggungjawab membesarkan anak-anak terpaksa dipikul oleh ibunya seorang. Sebagai anak kesebelas daripada dua belas adik-beradik, kakak-kakak Zainal amat prihatin terhadap kecemerlangan akademiknya.

       Semasa bersekolah di Sekolah Rendah Janis Kebangsaan Inggeris Ialan Padang Tembak (1) Kuala Lumpur, ibu dan kakak-kakak tidak begitu menggalakkannya aktif bersukan. Mungkin saya masih bersekolah dan tumpuan terhadap pelajaran lebih diutamakan. Tetapi saya agak degil ketika itu, sedikit pun tidak rnenghiraukan amaran atau larangan mereka. “Saya sanggup curi-curi keluar dari rumah, semata-mata.ingin bermain bola sepak dengan kawan-kawan di kampung berhampiran," kata Zainal.

       Abangnya, Hanafiah Ali dan Khalid AIi pernah mewakili Selangor dalam Piala Malaysia dan beberapa kali mewakili pasukan kebangsaan dalam pertandingan Piala Merdeka. Namun pencapaian mereka tidaklah segemilang Zainal yang pada zamannya dapat dikatakan merupakan bakat terbaik negara yang dapat diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

       Semasa berada dalam darjah enam ia terpilih mewakili rumah sukan untuk acara olahraga (100 meter dan 200 meter) dan bermain bola sepak. Kejayaan yang paling membanggakannya ialah apabila terpilih mewakili Selangor untuk Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) kategori bawah 12 tahun. Dalam kejohanan itu pasukannya beriaya mendapat


tempat ketiga. Semasa belajar di Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur ia sekali lagi mewakili negara untuk acara sepak takraw dan bola sepak untuk pasukan bawah 15 tahun. 
________________________________________________

[1] Mohd Sofi Munajir, Zainal Abidin Hassan, Pertahanan Kental, Penyerang Yang Tajam dlm. 20 Tokoh Sukan, Medium Publication, Bandar Baru Bangi, 2009, hlm.131.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan