Sukan
Khamis, 12 March 2015 | 6:38pm
Piala AFC: Pahang fokus perbaiki
kelemahan jentera serangan
PENGENDALI Pahang, Zainal Abidin
Hassan. - Foto Farizul Hafiz Awang
KUANTAN: Pengendali Pahang,
Zainal Abidin Hassan melihat kelemahan pemain melakukan sentuhan penyudah
mengundang kekecewaan dalam kempen Piala AFC dan ia akan diperbaiki secepat
mungkin.
Dia mahu melihat kepincangan ini
dapat diatasi sebelum pertemuan berikut menentang
South China FC dari Hong Kong
pada 15 April ini di tempat lawan
Katanya, dalam pertemuan dengan
pasukan Global FC, malam semalam semua pemain menunjukkan kemahuan tinggi untuk
menjaringkan gol namun terpaksa akur dengan perkongsian satu mata selepas seri
tanpa jaringan.
"Kekurangan pemain (malam
tadi) lalai menyempurnakan peluang yang banyak terhidang.
"Mereka (pemain Pahang)
berusaha keras nak mencipta gol tetapi dikecewakan dengan sentuhan terakhir,
tiada nasib untuk dapat gol yang perlu diperbaiki secepat mungkin,"
katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan dengan Global FC malam tadi.
Walaupun pemainnya dilihat
kepenatan Zainal berkata, mereka perlu terus menjalankan tugas untuk menyiapkan
diri bagi berkunjung di tempat lawan dengan ketahanan mental dan displin yang
tinggi.
Beliau akan memperbaiki segala
kelemahan yang timbul selain hanya akan menurunkan pemain yang boleh memberi
tumpuan 100 peratus.
Pada perlawanan pertama, Pahang
menang tipis 3-2 ke atas kelab Myanmar, Yadanarbon FC di Stadium Mandalar
Thiri, Myanmar pada Februari lalu manakala Global FC kalah 6-1 kepada pasukan
Hong Kong, South China FC.
Pahang akan meneruskan kempen
Piala AFC menentang South China FC pada 15 April ini. – BERNAMA
SUMBER- BERITA HARIAN ONLINE Khamis,
12 March 2015 | 6:38pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan