Oleh Nazri Abu
Bakar
bhsukan@bh.com.my
MELAKA:
Kejayaan meraih tiga mata dengan menewaskan PJ City dalam saingan Liga Super,
semalam amat melegakan Ketua Jurulatih Melaka United (MU), Zainal Abidin
Hassan.
Walaupun
sekadar menang tipis 2-1 ke atas lawan dalam aksi di Stadium Hang Jebat, Paya
Rumput, namun keputusan itu dianggap permulaan yang cukup positif berikutan
tekanan tinggi perlawanan sulung berkenaan.
"Kami
bermain dengan agresif sepanjang babak pertama menerusi penguasaan permainan
sekali gus mencipta banyak peluang jaringan walaupun hanya dua yang menepati
sasaran.
"Namun
rentak permainan sedikit perlahan pada babak kedua menyaksikan pelawat pantas
mengubah corak mereka sehingga berjaya merapatkan jurang dalam tempoh
berkenaan," katanya.
Zainal
berkata, disebabkan satu kesilapan yang menyebabkan gawang pasukan bocor, ia
melonjakkan semangat pelawat untuk terus mengasak.
Pemain Melaka
United, Liridon Krasniqi meraikan gol pertama bersama Zainal Abidin Hassan (kanan)
di Stadium Hang Jebat, Krubong. - NSTP/Khairunisah Lokman
Justeru,
beliau akan terus berusaha memperbaiki kelemahan yang ada bagi memastikan corak
permainan lebih baik bakal diterjemah skuad Hijau Putih pada aksi akan datang.
Dalam
perlawanan berkenaan, MU menyenaraikan kelima-lima pemain import iaitu Patrick
Reichelt, Darco Markovic, Liridon Krasniqi, Jang Suk Won dan Anselmo
Casagrande.
Begitupun,
mereka merehatkan pemain paling berpengaruh Shukor Adan di bangku simpanan
dengan lilitan kapten diberikan kepada bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT),
Safiq Rahim yang dilihat berjaya menghidupkan permainan menerusi hantaran tepat
dan percubaan berbahaya.
Bagi aksi
berikutnya, MU dijadualkan berdepan PKNS FC, Sabtu ini di Shah Alam.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 3 Februari 2019 | 8:23pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan