ARKIB : 26/10/2008
ZAINAL Abidin Hassan (kiri)
mengetuai pasukan veteran Malaysia menentang veteran UiTM dalam perlawanan
persahabatan di Stadium UiTM, Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM - Pasukan veteran
bekas pemain kebangsaan menumpaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 6-1 dalam
perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium UiTM di sini, semalam.
Pasukan veteran Malaysia yang
diketuai Zainal Abidin Hassan mendahului 2-1 dalam babak pertama sebelum
menyumbat empat gol pada baki perlawanan.
Gol-gol pasukan pelawat
dijaringkan oleh Azlan Johar, Mubin Mokhtar manakala Shahrin Majid dan Zainal
masing-masing dengan dua jaringan.
Pasukan tuan rumah pula
mendapat gol tunggal pada minit ke-20 hasil rembatan kencang penyerang utamanya,
Wan Mustafa Wan Ismail.
Antara bekas pemain kebangsaan
yang beraksi ialah K. Gunalan, Zapril Hashim, Kamarul Zaman Yunoff, Amir Hakim
Haron, Reman Regunathan, Talib Sulaiman, Malek Rahman, Mohamad Shahriman dan
Mubin Mokhtar
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz511bBKyCU
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan