ARKIB : 23/11/2007
KUANTAN Ketua jurulatih
Pahang, Zainal Abidin Hassan menyifatkan kecuaian dan kurangnya komunikasi
antara pemain merupakan punca utama kekalahan tipis 1-2 kepada Kedah pada
perlawanan kedua Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini, kelmarin.
Beliau yang nyata kesal dengan
keputusan itu berkata, skuad bimbingannya tidak patut kalah dalam perlawanan
itu memandangkan Pahang lebih banyak dibarisi pemain berpengalaman berbanding
Kedah yang ramai pemain muda.
Saya kecewa dengan keputusan
ini. Kalah di tempat sendiri, pemain-pemain saya telah lakukan kesilapan yang
tak sepatutnya, katanya.
Pada perlawanan itu, jaringan
pertama Kedah menerusi pemain import, Nelson Sam Martin tidak bertahan lama
apabila Pahang menyamakan kedudukan menerusi pemain import dari Uganda, Abed
Bironse pada minit ke-64.
Namun begitu, hasrat Pahang
untuk meraih kemenangan kedua berturut-turut hancur apabila Marlon Alex James
menyumbat gol kedua pada minit ke-66 setelah berlaku salah faham antara penjaga
gol, Mohd. Syamsuri Mustaffa dengan pemain pertahanan.
Dengan nada kecewa, beliau
berkata, kurangnya komunikasi antara penjaga gol, Mohd. Syamsuri dengan pemain
pertahanan menyebabkan gawang mereka bolos.
Kesilapan itu memang tak
patut berlaku, lagi pun pasukan pelawat tidak melakukan serangan berbahaya,
ujar beliau.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4vqVjDD00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan