Georgetown: Pulau Pinang masih
mempunyai ruang dan harapan untuk mencipta kejutan dan kejayaan dalam
perlawanan akan datang sekali gus berada di kedudukan terbaik dalam saingan
Liga Super.
Ketua jurulatih Zainal Abidin
Hassan berkata, misi memandang ke hadapan menjadi keutamaan buatnya ketika ini
dan mengharapkan semua pemain tidak lagi menoleh ke belakang.
“Lupakan peristiwa lalu dan kini
bangkit dengan semangat juang yang baru selain saya akan membentuk pasukan
termasuk meningkatkan prestasi pemain sebelum menumpukan bahagian taktikal
pula.
“Saya tahu pemain mempunyai
kesungguhan dan mereka perlu melakukan per
ubahan sikap dan itu langkah
terbaik dan sebagai ketua jurulatih tetap mempunyai harapan yang tersendiri.
“Sasaran awal adalah layak ke
Piala Malaysia kerana masih belum terlambat buat skuad Harimau Kumbang
membuktikan kemaraan biarpun agak getir.
“Kami tidak perlu mengaku kalah
lebih awal dan pastinya formula pemain yang benar-benar terbaik dalam segenap
posisi akan terpilih dan diberikan keutamaan dalam membentuk sesebuah pasukan,”
katanya yang turun kali pertama melatih pemain di Kelab Sukan Pulau Pinang
(PSC), semalam.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Selasa, 28 Mac 2017 @ 6:24 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan