ZAINAL (dua dari kanan)
bersalaman dengan Guan Eng ketika sidang media di KOMTAR, Georgetown.
Georgetown: Desas-desus
siapakah yang akan menjadi pengendali pasukan bola sepak Pulau Pinang selepas
pemecatan Ashley Westwood Ahad lalu akhirnya terjawab apabila Zainal Abidin
Hassan sah menjadi ketua jurulatih pasukan bola sepak Pulau Pinang yang baru.
Pelantikan bekas ketua
jurulatih Selangor dan Pahang berusia 54 tahun itu diumumkan Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu sidang media di Pejabat Ketua Menteri,
Tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak, di sini semalam.
Hadir sama, Presiden Persatuan
Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari, pengurus pasukan L
Karthiresan dan penolong jurulatih, Darren Read serta Exco FAP.
Zainal berkata, kepercayaan
yang diberikan akan menguji sejauh mana kemampuan sebenarnya untuk mengendali
dan mengubah kedudukan lebih baik skuad Harimau Kumbang yang kini berada di
tangga tercorot Liga Super.
Menurutnya, peranan dan
tanggungjawab yang dipikul untuk membawa pasukan Pulau Pinang sekali gus
kepercayaan yang diberikan FAP tidak akan disia-siakan begiu saja malah untuk
menggapai semua itu perlu mendapat sokongan pihak pengurusan FAP, pemain dan
penyokong.
Katanya, semangat serta
sokongan yang diberikan itu akan dijadikan bekalan untuk dirinya menerima
tawaran dan bersetuju untuk mengendali pasukan Pulau Pinang dengan rasa penuh
ikhlas dan rela hati.
“Sebelum ini saya sudah melihat
prestasi beberapa pemain Pulau Pinang dan akan menguji kemampuan sebenar mereka
apabila memulakan tugas mulai Isnin ini termasuk turun padang menjalani latihan
bersama pemain.
“Suntikan baru pasti akan
diberikan bagi merancakkan lagi mutu persembahan sekali gus memperbaiki beberapa
kelemahan yang ada dan sebagai ketua jurulatih pastinya memiliki satu tugas
yang cukup penting dalam melakukan transformasi baru buat Pulau Pinang,”
katanya.
Bagi Zairil pula, FAP
mengalu-alukan kehadiran Zainal selaku seorang pemain legenda negara yang sudah
mengharumkan nama negara dan kredibiliti beliau dalam bidang kejurulatihan
tidak perlu dipertikai lagi.
Menurutnya, pelbagai kejayaan
diperolehnya termasuk membawa Pahang menjuarai Piala Malaysia 2013 termasuk
Piala Sumbangsih dan Piala FA dan Zainal juga turut menimba pengalaman bersama
kelab Liga Inggeris, Cardiff City tahun lalu.
Katanya, pihaknya juga
melahirkan rasa bangga apabila kerajaan negeri turut memberi suntikan baru
bernilai RM3 juta buat pasukan Pulau Pinang dan ia akan menjadi nadi kekuatan
dan pencetus semangat buat pemain.
“Saya percaya kehadiran Zainal
akan dapat mampu memulihkan kembali semangat pemain serta memastikan Pulau
Pinang akan berwajah baru dan terus kekal dalam saingan Liga Super,” katanya.
sumber-Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 25 Mac 2017 @ 10:40 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan